awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan

Khairuddin Rushdi Ayuphan
Khairuddin Rushdi Ayuphan
03/03/2021
08:21 MYT
PKPD di tujuh blok rumah pangsa, perumahan Town Villa di Sibu Jaya dilanjutkan
Lanjutan PKPD itu hanya melibatkan tujuh blok termasuk blok C, H, J, K, L, H dan R. FOTO: JPBB Sibu
SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh blok rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya.
Tempoh lanjutan selama tujuh itu akan bermula pada 5 Mac 2021 sehingga 11 Mac 2021.
Keputusan dicapai susulan masih berlaku peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi di kawasan berkenaan.
Menerusi kenyataan Pengerusi JPBB Sibu, Charles Siaw pada Rabu menyatakan, lanjutan itu melibatkan tujuh blok termasuk blok C, H, J, K, L, H dan R.
BACA: PKPD di Town Villa, sebahagian besar Flat Sibu Jaya tamat ikut jadual - Ismail Sabri
"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan tersebut sepatutnya berakhir pada 4 Mac 2021.
"Namun masih terdapat kes yang tinggi di sesetengah kawasan terlibat. Untuk itu, JPBB Sibu memutuskan untuk melanjutkan PKPD selama tujuh hari lagi,” kata kenyataan itu.
Terdahulu pelaksanaan PKPD di rumah pangsa dan Perumahan Town Villa Sibu Jaya dikuatkuasakan pada 12 Februari 2021 susulan peningkatan kes yang dikesan di kawasan perumahan berkenaan.
Topic Berkaitan
#PKPD di Sibujaya
#PKPD di Sarawak
#JPBB Sibu
#kes positif di Sibu
#kluster aktif di Sibu
#Town Villa
#PKPD tujuh blok Sibujaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan