awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di UMS dilanjutkan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/04/2021
11:28 MYT
PKPD di UMS dilanjutkan
KKM melaporkan masih terdapat baki 1,956 sampel yang belum menerima keputusan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 4,524 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 28 kes dikesan positif.
"KKM melaporkan masih berlaku penularan jangkitan berterusan dalam kalangan penghuni asrama dan masih terdapat baki 1,956 sampel yang belum menerima keputusan.
"Selepas penilaian risiko, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di seluruh kampus UMS bermula 19 April hingga 2 Mei," katanya.
Sementara itu, beberapa PKP dan PKPD di Sabah dan Pahang ditamatkan mengikut jadual.
Ini meliputi PKP di daerah Keningau, PKPD di Kampung Pagalungan Ansip, Keningau, dan PKPD Kampung Kalindukan, Nabawan.
Turut ditamatkan ialah PKPD di lima kawasan perumahan dan perkampungan di Pekan, Pahang, iaitu Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Kampung Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.
Topic Berkaitan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD
#PKP
#Pahang
#Keningau
#Kementerian Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan