awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD enam lokaliti Semporna, satu lokaliti Kunak dilanjutkan hingga 6 November

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/10/2020
09:39 MYT
PKPD enam lokaliti Semporna, satu lokaliti Kunak dilanjutkan hingga 6 November
Ia melibatkan Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul, Kampung Pinggir Bakau di Semporna dan satu lokaliti di Kunak iaitu Kampung Pangkalan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak bermula 24 Oktober sehingga 6 November depan.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul, Kampung Pinggir Bakau di Semporna dan satu lokaliti di Kunak iaitu Kampung Pangkalan.
Ismail Sabri berkata lanjutan itu susulan penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati masih terdapat penularan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
“Namun demikian, sedikit kelonggaran akan diberikan terhadap aktiviti perniagaan kedai runcit untuk beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Katanya lagi, pelanjutan tempoh tersebut diperlukan bagi tujuan membolehkan saringan berterusan dilakukan KKM dan bagi membendung penularan COVID-19 di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut yang bermula pada 11 Oktober dan sepatutnya tamat pada 24 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Semporna
#kunak
#lokaliti
#kampung Bangau-Bangau
#Kampung Pangkalan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#COVID-19
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan