awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
18/01/2021
09:53 MYT
PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
ISMAIL SABRI: KKM turut mengesahkan baki kes aktif di lokaliti tersebut terkawal yang mana kes terakhir direkodkan adalah pada 11 Januari dan tiada lagi sampel menunggu keputusan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah pada Isnin.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah yang dijadualkan tamat pada 18 Januari ini.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 516 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 53 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
“KKM turut mengesahkan baki kes aktif di lokaliti tersebut terkawal yang mana kes terakhir direkodkan adalah pada 11 Januari dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata PDRM telah menahan 785 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
“Daripada jumlah itu, seramai 765 individu dikompaun, 19 lagi direman manakala seorang dijamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (250), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (38), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (165), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (31) dan lain-lain (164),” katanya.
Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan.
Katanya lagi, empat kenderaan darat juga berjaya dirampas.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Kampung Timbang Dayang
#Kota Belud
#Sabah
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#ujian saringan
#pelitup muka
#Operasi Benteng
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan