NATIONAL
PKPD Medan 88: Penduduk 'lari' digesa tampil buat saringan COVID-19

KKM juga melahirkan kebimbangan dengan tindakan individu yang dipercayai PATI yang melarikan diri selepas pengumuman PKPD di kawasan itu. -Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA :Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan penduduk yang terperangkap atau gagal dikesan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi tampil membuat saringan COVID-19 disediakan secara percuma.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengumuman lebih awal menyebabkan ada sesetengah penduduk di kawasan berkenaan mula bergerak ke lokasi lain.
"Memang betul kalau kita umumkan terlalu awal, mungkin ada yang bergerak dan meninggalkan kawasan tersebut. Namun mungkin juga ada yang terperangkap (di kawasan lain) dan duduk di situ misalnya mungkin mereka duduk di hotel dan terperangkap 14 hari.
"Namun kita nasihatkan mereka tampil untuk saringan sebab saringan dilakukan KKM ini adalah percuma. Kalau mereka bayar sendiri, maka mereka akan dikenakan bayaran kira-kira RM300," katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 di sini pada Khamis.
Pada masa sama, KKM juga melahirkan kebimbangan dengan tindakan individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri selepas pengumuman PKPD di kawasan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami