awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Polis tambah SJR, tiada pagar kawat duri di Seremban

Bernama
Bernama
08/07/2021
09:38 MYT
PKPD: Polis tambah SJR, tiada pagar kawat duri di Seremban
Penduduk Seremban diingatkan supaya patuh kepada prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama. - Gambar/ Bernama
SEREMBAN: Tiada pagar kawat berduri dipasang di Seremban sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang bermula tengah malam ini hingga 22 Julai, kata Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim.
Beliau berkata sebaliknya pihaknya akan menambah dua sekatan jalan raya di sempadan Rantau menghala ke Port Dickson dengan kekuatan 300 anggota termasuk pasukan tentera.
Menurutnya orang ramai diingatkan supaya patuh kepada prosedur operasi standard ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
"Sebelum penambahan dua sekatan jalan raya itu, terdapat lapan sekatan jalan raya di daerah Seremban. Polis akan memastikan pergerakan dapat dikawal sebaiknya dan setakat ini tiada pagar kawat berduri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Op Bantu kepada beberapa orang awam yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Said berkata atas faktor ekonomi, peniaga dibenarkan beroperasi dengan syarat mendapat pelepasan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan manakala pekebun kecil pula perlu hadir ke balai polis untuk memohon kebenaran berniaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#Seremban
#kawat duri
#Sekatan Jalan Raya
#tiada kawat duri
#PDRM
#Rantau
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan