KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini, manakala dua lokaliti ditamatkan PKPD.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, tiada lokaliti baharu mahu pun lokaliti yang dilanjutkan PKPD.

Beliau memaklumkan, dua lokaliti yang ditamatkan PKPD adalah melibatkan negeri Pahang iaitu Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis dan Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands.

"PKPD di lokaliti ini ditamatkan mengikut jadual iaitu 13 Oktober 2021," kata beliau.