awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Tiada pemasangan kawat duri di empat mukim di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/05/2021
14:33 MYT
PKPD: Tiada pemasangan kawat duri di empat mukim di Perak
Sekatan jalan raya (SJR) dan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta elemen rondaan akan digunakan bagi memantau pergerakan keluar masuk orang awam terutamanya selepas pukul 10 malam. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat mukim di negeri Perak tidak melibatkan pemasangan kawat duri kerana ia meliputi kawasan yang sangat luas.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid bagaimanapun berkata, kawat duri hanya dipasang di beberapa laluan jalan pintas (lorong tikus) bagi menghalang pergerakan keluar dan masuk orang awam di kawasan PKPD.
Menurutnya, sekatan jalan raya (SJR) dan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta elemen rondaan akan digunakan bagi memantau pergerakan keluar masuk orang awam terutamanya selepas pukul 10 malam.
“Tindakan tegas akan diambil jika terdapat penduduk yang tidak mematuhi undang-undang dan SOP yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: PKPD di empat mukim: Polis Perak tambah SJR untuk kawal pergerakan
Terdahulu, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PKPD di empat mukim di Perak iaitu Pengkalan Hulu di Daerah Hulu Perak; Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama; Hulu Kinta (meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) di Daerah Kinta dan Hulu Bernam Timur di Daerah Muallim, berkuatkuasa 22 Mei hingga 4 Jun.
Mior Faridalatrash berkata, ekoran pelaksanaan PKPD itu, terdapat penambahan sebanyak 11 SJR menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 24 SJR.
Menurutnya, seramai 962 orang pegawai polis ditugaskan di empat mukim PKPD melibatkan penugasan SJR dan pemantauan SOP.
Di samping itu, kata beliau, seramai 308 tenaga bantuan daripada pasukan penguatkuasa lain, menjadikan kekuatan keseluruhan seramai 1,270 orang.
Topic Berkaitan
#PKPD
#empat mukim
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#Perak
#kawat duri
#lorong tikus
#Sekatan Jalan Raya
#SJR
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan