awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Top Glove: Pasukan khas ditubuhkan selaras gerak kerja

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/11/2020
09:31 MYT
PKPD Top Glove: Pasukan khas ditubuhkan selaras gerak kerja
Satu pasukan khas diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove, kata Ismail Sabri. - Gambar fail Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:Satu pasukan khas diwujudkan bagi menyelaras gerak kerja melibatkan proses saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.
Langkah itu juga, kata beliau, dibuat susulan aduan yang diterima daripada penduduk yang bimbang dengan situasi di lokaliti berkenaan.
"Kerajaan telah mengarahkan 28 kilang ditutup bagi proses saringan. Justeru, sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM dan MKN Selangor mengenai situasi semasa dan mengenai langkah sedang dan akan diambil untuk membendung di kawasan itu.
"Ia berikutan, kita kerap mendapat mesej penduduk sekitar yang risau tentang keadaan itu. Maka, satu pasukan khas telah diwujudkan bagi selaraskan gerak kerja melibatkan saringan, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove," katanya dalam sidang media pada Rabu.
Menurut Ismail Sabri, secara keseluruhannya, kilang Top Glove berkenaan mempunyai 11,215 pekerja.
"Sehingga 24 November 2020, 5,795 ujian dilakukan dan 2,684 kes positif direkod. Sehingga semalam, daripada 28 kilang, 20 kilang ditutup manakala, hari ini, tujuh lagi ditutup dan sebuah lagi menyusul," kata beliau.
Selain itu, beliau berkata, bagi mengelak penularan pandemik itu, pengurusan kilang juga telah diarah untuk menjalankan saringan ke atas 2,263 pekerja yang tinggal di luar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan akan dikuarantin.
"Sebab mereka ada asrama dan rumah sewa. Namun ada juga yang tinggal di tempat lain. Jadi kita sudah arahkan mereka membuat saringan dan dikuarantin," katanya.
Justeru, beliau berharap penduduk berhampiran tidak bimbang kerana pekerja mereka disaring dan ditempatkan di pusat kuarantin.
Mengulas mengenai aduan orang ramai yang mendakwa ada melihat pekerja asing bebas bergerak, beliau berkata, masyarakat tidak boleh dengan mudah membuat tuduhan sedemikian sebelum memperoleh maklumat yang jelas.
"Ada yang cakap nampak pekerja Top Glove di tempat membeli-belah dan sebagainya, namun itu mungkin bukan dari Top Glove mungkin (dari) kilang lain sebab banyak kilang di kawasan itu," tambah beliau lagi.
Kesemua pekerja Top Glove yang positif COVID-19, kata Ismail Sabri, sudah dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut, sementara mereka yang negatif pula telah dikuarantin di hotel-hotel ditetapkan.
Jumlah kes positif di kilang Top Glove ini, katanya merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah kes di seluruh negara buat masa ini.
Topic Berkaitan
#Top Glove
#Kes
#kes positif
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan