awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPDB: KWSP tutup sementara cawangan Lahad Datu, Tawau

Bernama
Bernama
28/09/2020
20:14 MYT
PKPDB: KWSP tutup sementara cawangan Lahad Datu, Tawau
KWSP akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau, Sabah mulai 29 September 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau, Sabah mulai 29 September 2020 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan dalam negeri Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna, demikian menurut kenyataan KWSP pada Isnin.
Sehubungan itu, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) membabitkan cawangan Lahad Datu dan Tawau akan dibatalkan serta-merta dan mereka terbabit perlu membuat semula janji temu tersebut selepas PKPDB ditamatkan.
"Ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP iaitu iAkaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) yang beroperasi seperti biasa.
"Pembayaran caruman juga masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter," kata kenyataan itu.
Selain itu, KWSP juga menyarankan supaya ahli dan majikan mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP termasuk menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03- 8922 6000.
"Dalam tempoh mencabar ini, KWSP komited untuk terus memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau menerusi saluran digital. Kesihatan dan keselamatan ahli serta anggota KWSP tetap menjadi keutamaan dan segala kesulitan amatlah dikesali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Lahad Datu
#Sabah
#PKPDB
#COVID-19
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan