Lebih tiga bulan tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha perkhidmatan perunding perkahwinan akhirnya menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan penganjuran majlis bermula 1 Julai ini.
Pengusaha perniagaan Bizmilla Wedding Centre, Mila Jirin menyifatkan kebenaran untuk kembali beroperasi sangat bermakna kepada industri tersebut.
Katanya, ia bukan hanya dapat membantu banyak perniagaan, malah turut menyelamatkan pekerja daripada terjejas akibat kehilangan punca pendapatan.
“Itu yang paling saya gembira (selamatkan pekerja daripada kehilangan pekerjaan).
“Alhamdulillah, sujud syukur saya kepada Allah.
“Mengalir air mata saya apabila terima banyak DM (pesanan peribadi) mengucapkan terima kasih daripada sahabat industri,” katanya dalam satu kenyataan.
Mila berkata, sebelum ini beliau pernah dikecam gara-gara memuat naik kenyataan di laman sosial memohon agar kerajaan membenarkan pengusaha industri perkahwinan mengemukakan prosedur operasi standard (SOP).
Bagaimanapun, perkara itu tidak mematahkan semangat, sebaliknya keluhan tersebut telah mendapatkan perhatian media.
Justeru itu, juara Akademi Fantasia musim kelima itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kementerian berkaitan kerana membenarkan pihak mereka menghantar SOP kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diperhalusi pada 16 Jun lalu.
BACA: Demi tampung gaji pekerja, Mila Jirin jual durian
Mila hadir ke kementerian berkenaan bagi mewakili ribuan pengusaha industri tersebut.
“Saya berterima kasih kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang sangat prihatin dan sudi mendengar luahan kami pengusaha industri perkahwinan, sekali gus membawa SOP kami untuk diperhalusi.
“Apabila Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman, saya rasa sangat bersyukur.
“Ini kerana, ia bukan hanya membantu Bizmilla untuk beroperasi semula tetapi dapat sama-sama membantu semua pengusaha industri perkahwinan memulakan perniagaan mereka semula kerana rata-rata sedang mengalami masalah dalam menguruskan perniagaan dan para pekerja tanpa sebarang pendapatan,” katanya lagi.
BACA: Alhamdulillah ... majlis kahwin dibenarkan mulai 1 Julai
Sehubungan itu, Mila berharap semua pengusaha industri penyedia perkahwinan dapat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Katanya, Bizmilla akan mula beroperasi pada Jumaat ini (26 Jun).
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan perniagaan Bizmilla berdepan kerugian susulan industri penyedia perkahwinan tidak dibenarkan beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Malah, syarikat itu terpaksa menampung kos operasi termasuk sewa premis serta membayar gaji pekerja yang menelan kos sebanyak RM500,000 sebulan.
Ismail Sabri pada Rabu memaklumkan majlis sosial dibenarkan beroperasi semula dengan kapasiti tetamu tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz kawasan.
Katanya, penganjuran majlis sosial tersebut juga dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 25 2020
Mila berkata, sebelum ini beliau pernah dikecam gara-gara memuat naik kenyataan di laman sosial memohon agar kerajaan membenarkan pengusaha industri perkahwinan mengemukakan cadangan SOP. - Foto Instagram
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
PKPP: Mila Jirin sujud syukur industri penyedia perkahwinan dibenar beroperasi
Mila Jirin menyifatkan kebenaran untuk kembali beroperasi sangat bermakna kepada pengusaha industri tersebut.