KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan perkhidmatan awam negeri perlu memastikan keberadaan penjawat awam di bawah seliaan mereka mencapai tahap 90 peratus pada waktu bekerja di pejabat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata hanya 10 peratus sahaja penjawat awam negeri dibenarkan bekerja dari rumah dengan kelulusan ketua jabatan.
"Kerajaan negeri sekali lagi mengingatkan semua penjawat awam supaya mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan prosedur operasi standard dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata, seramai 12,049 individu di Sabah telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, dengan 2,520 orang daripadanya menerima suntikan vaksin dos pertama hari ini.
Masidi berkata kes baharu positif COVID-19 di Sabah hari ini menurun kepada 71 kes berbanding 99 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes wabak itu ialah 53,557 setakat ini dengan dua kematian dilaporkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Keningau.
Seramai 129 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah ialah 52,290 orang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021

Masidi Manjun berkata hanya 10 peratus sahaja penjawat awam negeri dibenarkan bekerja dari rumah dengan kelulusan ketua jabatan. - Gambar fail

Suspek curi kenderaan cuba rempuh, polis lepas dua das tembakan
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, namun suspek sempat meloloskan diri.

Kenyataan Media | Penjualan saham MSSB tertakluk perjanjian
Kementerian Kewangan menjelaskan tentang laporan media mengenai dakwaan penjualan saham milik Mkd Signature Sdn Bhd (MSSB) iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) di dalam Mulia Property Development Sdn Bhd (MPDSB) yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam projek Tun Razak Exchange (TRX).

Cabutan Wow SSPN-i Plus | Rezeki Ramadan, ibu tunggal bawa pulang kereta mewah
Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi pasti lebih bermakna buat seorang ibu tunggal, Sonita Sudin, 43 tahun, apabila dia merupakan pemenang tempat pertama Cabutan Wow SSPN-i Plus Tahunan 2020.

Politik | Pas masih bersama UMNO dan Bersatu
Pas masih kekal bersama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Tiada perubahan pada kedua-dua kerjasama itu, walaupun Badan Perhubungan UMNO Terengganu, mengumumkan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Kartel Daging | Untung tahunan sehingga RM52 juta
Untung tahunan 1 juta hingga 52 juta ringgit. Itu keuntungan syarikat pengedaran daging sejuk beku yang berkomplot dalam pengedaran kartel daging. 19 syarikat pengedar sejuk beku dikenal pasti berkomplot dalam kesalahan pakatan jahat jenayah berhubung pengedaran kartel daging. Ia membabitkan tujuh syarikat di Johor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Selangor, dua di Pulau Pinang, serta satu syarikat di Perak dan Kedah.

Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu. Ia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 535 kes.

MSSB masih pemegang saham utama MPDSB - Kementerian Kewangan
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ekoran satu laporan media mengenai penjualan saham milik MSSB iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam MPDSB.

Menjelang PRU15 | UMNO mahu penjelasan Pas
UMNO akan mendapatkan penjelasan Pas berhubung pendirian parti itu yang mahu menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi pada plihan raya umum, PRU15.

Rumah Terbengkalai | KPKT rancang pinda akta bagi bela nasib pembeli
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam perancangan untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesanan) 1966 (Akta 118). Pindaan itu dirancang untuk mengawal berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli.
![AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899325/23621876161618142312645_640x360.jpg)
AWANI Borneo [11/04/2021] - Tiga kluster baharu di Sarawak | Kawalan ketat
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: -Kes kumulatif di Sarawak sudah melepasi angka 20,000. -PKPD Kampung Bukit Belacon, Lahad Datu bermula. -Selepas Sarawak, Sabah juga bakal memiliki bas elektrik.

Sabah beri amaran tindakan tegas terhadap pelanggaran SOP majlis sosial
Masidi Manjun berkata peringatan serta amaran tindakan tegas itu susulan situasi semasa COVID-19 di Sabah yang menunjukkan peningkatan.

COVID-19: Pelajar IPTA cetus satu daripada kluster baharu di Sabah
Kes indeks terbabit dikesan positif pada 30 Mac melalui saringan bergejala, sekali gus menjadi punca Kluster Batu Lima, Jalan Sibuga, Sandakan.

Keselamatan rakyat lebih penting daripada bazar Ramadan - Hajiji
Jelas Hajiji larangan itu dilakukan demi keselamatan rakyat susulan situasi COVID-19 yang tidak menentu di Sabah.

Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini - Masidi
Aktiviti bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan tahun ini berikutan situasi COVID-19 di negeri ini yang tidak stabil.

Sabah perinci SOP PKP Tawau, Keningau cegah penularan COVID-19
Mana-mana individu yang perlu bekerja di Tawau juga dinasihatkan untuk mendapatkan surat daripada ketua jabatan atau kebenaran polis.

COVID-19: Satu lagi kluster kenduri kahwin dikesan di Sabah
Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster yang dikenali sebagai Kluster Rich Park, di Tawau itu merekodkan 12 kes setakat ini.

COVID-19: Sabah akan bangunkan aplikasi daftar majlis sosial, perkahwinan
Kerajaan negeri Sabah akan membangunkan satu aplikasi untuk memudahkan masyarakat mendaftarkan sebarang majlis keramaian yang dianjurkan.

Solat tarawih dibenarkan lapan rakaat di Sabah sempena Ramadan
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau di Sabah sepanjang bulan Ramadan adalah dibenarkan berkuat kuasa 12 April.

Majlis sosial punca kes COVID-19 kembali meningkat di Sabah
Sebanyak 69 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah semalam berbanding 41 kes kelmarin, dengan dua lagi kluster baharu direkodkan.

COVID-19: 2 kluster baharu dikesan di Tawau
Kluster-kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Semarak dan Kluster Ranggu.