awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: SOP Sidang Dewan Rakyat diluluskan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/07/2020
09:10 MYT
PKPP: SOP Sidang Dewan Rakyat diluluskan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan SOP tersebut mengambil kira normal baharu dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Satu prosedur operasi standard (SOP) berhubung Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung mulai 13 Julai hingga 27 Ogos ini telah diluluskan pada Selasa.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelulusan SOP tersebut mengambil kira normal baharu dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Menurut beliau, SOP tersebut turut terpakai bagi Persidangan Dewan Negara yang akan bersidang selama 11 hari bermula 2 September hingga 23 September ini.
Antara SOP yang dipersetujui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri adalah pemakaian pelitup muka, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter.
Selain itu Ismail Sabri berkata, Ahli Parlimen, pegawai kerajaan serta petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.
Sepanjang persidangan, hanya Ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan, manakala petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen, tambah beliau.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#koronavirus
#MySejahtera
#Parlimen
#penjarakan sosial
#penjawat awam
#saringan suhu badan
#Sidang Parlimen
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan