awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR namakan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor baharu

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2014
01:24 MYT
PKR namakan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor baharu
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) diumum sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengumuman itu dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu malam Isnin.
Katanya, Wan Azizah merupakan pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.
"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.
Anwar juga memberitahu Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan membincangkan perkara tersebut dalam satu mesyuarat yang dijadualkan Rabu ini selepas Sidang Khas Dewan Rakyat.
Katanya, biarpun nama pengganti Abdul Khalid tidak dibincangkan sebelum ini tetapi PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan untuk melakukan perubahan kepimpinan di Selangor
"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.
"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon belum diputuskan walaupun ada dibincangkan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.
"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbiran yang baik dan tersusun," katanya.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan bila peralihan kuasa ini berlaku.
"Secepat yang mungkin. Kita akan teruskan perbincangan dengan pihak Khalid dalam hal ini," katanya lagi.
Anwar berkata Abdul Khalid akan diminta supaya dapat memainkan peranan beliau bagi membantu pentadbiran Selangor.
Keputusan ini sekaligus menandakan khidmat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir dalam masa terdekat.
Selain itu, keputusan ini juga menamatkan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan