KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau sebaliknya berkata, PKR hanya pernah menjadi sekutu (associate) dan tidak lebih daripada itu.
Beliau yang juga Perdana Menteri, berkata parti tersebut membuat keputusan memutuskan hubungan dengan pertubuhan tersebut selepas tidak bersetuju dengan beberapa perkara, termasuk isu lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dan kekejaman rejim Israel.
Anwar berkata, beliau mengakui pernah menghadiri persidangan LI di Kaherah, Mesir, tetapi memilih untuk menggunakan pentas tersebut untuk membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
“Yang Berhormat boleh semak, kita (PKR) tidak pernah jadi anggota, kita pada peringkat awal (tidak lebih daripada sekadar) associate. Tapi kerana ada beberapa keputusan mereka, termasuk mengiktiraf LGBT dan pendirian terhadap Israel, kita tak jadi ahli.
“Jangan dipolitikkan… saya hadir dalam persidangan LI di Kaherah, dan saya memberi ucaptama. Tetapi pada masa itu, ada wakil Kerajaan Mesir, Ayman Nour calon Presiden yang melawan Hosni Mubarak, dan ada juga wakil Ikhwanul Muslimin atau Muslim Brotherhood.
“Selepas itu saya jumpa Majlis Syura Ikhwanul Muslimin, saya berjumpa dengan Mursyidul Am mereka, dan Dr Mohamed Morsi sebelum jadi presiden Mesir. Mereka ikuti ucapan saya, Muhammad Mahdi Akef mengucapkan tahniah - (mereka) kata Anwar hadir dalam LI dan nyatakan pendirian yang tegas, tentang kezaliman, hak kepada rakyat, dan singgung soal Palestin,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas) sewaktu sidang Dewan Rakyat, yang ingin mengetahui hubungan sebenar PKR dengan LI, yang diketahui telah menyatakan pendirian menyokong Israel.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, hadir sebagai anggota atau sekutu kepada sesuatu pertubuhan yang berbeza pandangan dan pendirian, tidak bermaksud mereka menyokong seratus peratus pendirian pertubuhan tersebut.
“Jadi bayangkan berbeda dengan pendapat. Saya hadir betul, kita hadir di PBB, UN itu Israel juga anggota mereka, diiktiraf oleh PBB. Tapi kita hadir sebagai anggota, tak bermakna kita ada kena mengena dengan Israel. Kita tak ada hubungan dengan LI itu benar, oleh kerana pendirian dia soal LGBT kita tidak boleh sokong,” katanya lagi,
Anwar berkata, ASEAN sebagai contoh, mempunyai anggota yang berbeza pendirian mengenai isu Palestin, termasuk yang menyokong tindakan Amerika Syarikat dan Israel.
“Bila timbul masalah Israel, saya kata itu batas kita, tetapi rundingan dalam isu lain saya teruskan. Umpamanya dalam ASEAN, pendirian berbeda, sebagai contoh Filipina cenderung bersetuju dengan Amerika walaupun tidak sekeras itu, tetapi dalam hubungan dua hala masih baik.
“Dalam soal Palestin hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei yang kuat sepakat, yang lain kita ada hubungan dan kita minta, sebagai contoh saya jumpa PM Thailand (Srettha Thavisin), saya minta kalau boleh jangan terlalu kuat dengan sentiment pro-Amerika Syarikat, kerana ini akan singgung masyarakat Thailand dan Malaysia,” katanya lagi.
Malah, Perdana Menteri berkata, beliau turut mengambil peluang dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida baru-baru ini, dan Malaysia menghargai pendirian Jepun yang menentang penempatan haram Israel di Palestin, biarpun sebelum ini cenderung menyokong AS dan Israel.
Firdaus Azil
Tue Nov 07 2023
Anwar berkata, beliau mengakui pernah menghadiri persidangan LI di Kaherah, Mesir, dahulu, tetapi memilih untuk menggunakan pentas tersebut untuk membantah kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. - Gambar/ Japen
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.