KUALA LUMPUR:Sebuah platform pembelajaran portal percuma, Sophia.my telah diperkenalkan yang mengandungi lebih 13,000 pengisian pendidikan untuk manfaat semua pihak terutama murid, guru, ibu bapa serta seluruh rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menerusi laman Facebook miliknya berkata, inisiatif baharu #UntukMalaysia iaitu platform pembelajaran Sophia.my boleh dijadikan sebagai tempat meneroka segala ilmu dan silibus yang tertinggal.
"Beradaptasi dengan kemajuan teknologi menjadi satu perkara penting pada tahun ini terutamanya apabila dunia tidak terkecuali Malaysia terpaksa berdepan dengan pandemik COVID-19 sejak hampir setahun lalu.
"Lantaran daripada itu, anak-anak kita kehilangan lebih dari separuh dari 52 minggu tempoh pembelajaran yang sepatutnya mereka laksanakan ketika hadir ke sekolah akibat penutupan sekolah oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Katanya, Sophia merupakan satu respon dan inisiatif untuk memastikan pendidikan negara sentiasa bersedia untuk memanfaatkan teknologi terkini sebagai medium pembelajaran.
Menurut Maszlee, guru-guru boleh memanfaatkan Sophia sebagai sumber bahan PdP selain boleh membimbing murid untuk berbincang tentang bahan pembelajaran yang dipilih.
"Guru juga boleh berkongsi bahan pembelajaran yang dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna Sophia.
"Murid boleh memanfaatkan Sophia sebagai platform pembelajaran dengan menonton video-video berdasarkan subjek dan tahap yang dipilih," katanya.
Boleh mendaftar Sophia.my di http://sophia.my atau sertai grup Telegram Komuniti Sophia untuk sistem sokongan dan penambahbaikan menerusi https://t.me/komunitisophia.
Astro Awani
Sat Jan 02 2021

Dr. Maszlee Malik memperkenalkan Sophia.my untuk dijadikan rujukan pembelajaran bagi meneroka segala ilmu dan silibus yang tertinggal sejak PKP.

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Platform pembelajaran Sophia.my diperkenal bagi teroka silibus yang tertinggal
Sebuah platform pembelajaran portal percuma, Sophia.my telah diperkenalkan yang mengandungi lebih 13,000 pengisian pendidikan untuk manfaat semua pihak terutama murid, guru dan ibu bapa.