KUALA LUMPUR: Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu diputuskan setelah mengambil kira kegusaran majikan yang terkesan berikutan keputusan penamatan PLKS ini.
"Sehubungan itu PLKS di bawah tiga sub sektor itu masih dibenarkan membuat pelanjutan melewati tarikh 15 Mac 2023.
"Bagaimanapun selepas tarikh berkenaan tiada lagi pelanjutan PLKS sehinggalah hasil kajian dan sesi libat urus dengan peserta industri tiga sub sektor itu dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai pengurusan pekerja asing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, katanya penggajian pekerja asing bagi sub perkhidmatan tekstil, tukang gunting dan tukang emas dibekukan sejak 2009, dan pada 2019 ia dikategorikan sebagai sektor yang tidak dibenarkan untuk penggajian pekerja asing, manakala bagi pemegang PLKS yang sedia ada pula hanya dibenarkan bekerja sehingga 15 Mac 2023.
Sementara itu mengulas mengenai kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak Januari lepas Shamsul Anuar berkata pihak Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan notis kehilangan kapal berkenaan selepas menerima permintaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"APMM masih menjalankan operasi mencarinya secara berterusan menggunakan asset udara dan laut yang dimiliki agensi berkenaan," katanya.
Pada 9 Jan lepas, kapal kargo yang membawa muatan batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia dan laporan berhubung kejadian itu dibuat ejen kapal berkenaan pada hari sama.
Dalam perkembangan lain Shamsul Anuar menjelaskan kanak-kanak warga asing yang dijadikan anak angkat oleh warga tempatan tidak akan memperoleh kewarganegaraan secara automatik.
Beliau berkata ini kerana pemberian taraf kewarganegaraan kepada kanak-kanak warga asing yang diambil sebagai anak angkat oleh warga tempatan tertakluk dan dikawal selia oleh Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253),
"Bagaimanapun ibu bapa angkat boleh memohon kewarganegaraan untuk anak angkat mereka sebelum berumur 21 tahun.
"Dalam hal ini pertimbangan adalah tertakhluk kepada peruntukan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan serta perundangan yang berkuat kuasa termasuklah perkara yang berkaitan dengan pengangkatan secara sah," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu diputuskan setelah mengambil kira kegusaran majikan yang terkesan berikutan keputusan penamatan PLKS ini. - Gambar fail/BERNAMA

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.

Anak bekas menteri akan fail representasi berhubung tuduhan libatkan minyak masak
Mahkamah menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Setiausaha syarikat ditahan bantu siasatan kes penipuan RM207,832
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Barat Daya.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.

Ribut siklon Biparjoy dijangka terus mengganas - IMD
Siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

Polis tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
Seramai 16 ahli sindiket warga tempatan termasuk enam wanita, berumur lingkungan 15 hingga 37 tahun ditahan.

Teknologi awan, pusat data main peranan besar dalam Digital Malaysia - Fahmi
Teknologi awan dan pusat data adalah perkara asas untuk mencapai sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK pada 2025.

Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada masa ini, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.66 peratus kepada AS$76.79 setong.

PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.

Sindiket bekal tenaga kerja, PLKS palsu didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket membekal tenaga kerja warga asing dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, yang didalangi dua warga Bangladesh dalam empat serbuan di Klang semalam.

Lima individu termasuk 'Datuk' didakwa berhubung pengubahan wang haram jutaan ringgit
Didakwa atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Bayaran RM1,136 bagi pengambilan pembantu rumah asing kali pertama - Imigresen
Jumlah tersebut merangkumi bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran berkaitan.

Sindiket ID Hack: Pengusaha kilang pakaian warga Bangladesh, 45 warga asing ditahan
Suspek menggunakan PLKS yang disyaki diperolehi melalui sindiket ID-Hack sebelum ini untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia.

COVID-19: 30 warga asing ditahan hadir jamuan Hari Raya Aidiladha
Mereka ditahan dalam serbuan kira-kira 10 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mereka mengadakan jamuan di rumah berkenaan.

Godam sistem Jabatan Imigresen: Ketua sindiket bergelar Datuk antara lima individu ditahan
Sindiket dipercayai terlibat dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, membabitkan kerugian jutaan ringgit kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing.

Pengusaha bot rayu kerajaan tangguh, kaji semula PLKS
Apabila PLKS dilaksanakan nanti, setiap pengusaha bot perlu membayar RM8,240 bagi setiap awak-awak warga asing yang mereka ambil bekerja.

Rakyat tempatan digalak bekerja di sektor pembinaan, pertanian dan perladangan
Kerajaan mengarahkan majikan untuk mengiklankan kekosongan di portal MYFutureJobs berkuat kuasa 1 Nov lepas.

Pemegang pas lawatan sosial tinggal lebih masa tidak perlu pas khas untuk pulang
Warga asing yang ada Pas Lawatan Sosial (PLS) yang telah tinggal lebih masa mulai 1 Jan, dibenarkan pulang ke negara asal tanpa Pas Khas.