awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
22/01/2025
13:15 MYT
PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
PLUS berkata, sebagai syarikat konsesi, pihaknya sentiasa komited untuk menambah baik segala fasiliti bagi menjamin keselamatan pengguna. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mempunyai perancangan untuk menambah bilangan lampu jalan di lebuh raya utama.

Ringkasan AI
  • PLUS berhasrat menambah lampu jalan di lebuh raya utama selepas berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
  • Sempena Tahun Baharu Cina, PLUS meningkatkan kesiapsiagaan pasukan kecemasan dan menambah kemudahan awam untuk keselesaan pengguna.
  • PLUS menghormati keputusan kerajaan menamatkan tol percuma pada musim perayaan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Apa-apa penambahan fasiliti atau kemudahan di lebuh raya (termasuk persoalan tambah lampu jalan), kita akan bincang bersama LLM.
"Melalui perbincangan itu, kita akan tetapkan penambahan itu di mana lokasinya dan kita sentiasa ada perancangan untuk tambah baik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media taklimat PLUS bagi persediaan operasi lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, pada Rabu.
Sempena Tahun Baharu Cina, PLUS akan meningkatkan mempertingkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota pasukan tindakbalas kecemasan (ERT) untuk menguruskan insiden lebuh raya.
PLUS juga menambah baik kemudahan awam di lebih 50 lokasi sejak tahun 2023 dan menambah 50 tandas kabin bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa.
Mengulas keputusan kerajaan menamatkan pemberian tol percuma pada musim perayaan, beliau berkata, sebagai syarikat konsesi, PLUS hanya menerima keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya.
Topic Berkaitan
#PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#lampu jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan