Skip to main content
Advertisement

Dunia

Zohran Mamdani sangkal dakwaan Netanyahu di PBB

Mayor New York, Zohran Mamdani (kiri) dan gambar Benjamin Netanyahu berucap di PBB
Mamdani (kiri) menyelar ucapan Netanyahu, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengandungi tuduhan antisemitisme serta dakwaan memutarbelitkan fakta berkaitan Israel. - Gambar AP
Advertisement

NEW YORK: Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani menyelar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengandungi tuduhan antisemitisme serta dakwaan memutarbelitkan fakta berkaitan Israel.

Dalam satu kenyataan, Mamdani berkata, Netanyahu sekali lagi mengulangi tuduhan yang disifatkannya sebagai tidak berasas bagi mempertahankan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.

“Seperti yang dilakukan berkali-kali sebelum ini, Perdana Menteri Netanyahu menggunakan ucapannya untuk mengulangi pembohongan tidak berasas yang bertujuan menjustifikasikan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin.

“Namun, tiada pembohongan yang mampu mengubah hakikat bahawa beliau masih menjadi subjek waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya.

Mamdani mengulas ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung PBB yang turut menyentuh isu antisemitisme serta kritikan terhadap beberapa pihak yang lantang mengkritik dasar Israel.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu atas dakwaan berkaitan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat bukan negara anggota ICC dan Washington sebelum ini telah menjelaskan bahawa ia tidak akan melaksanakan sebarang tindakan penahanan terhadap Netanyahu berdasarkan waran tersebut. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement