awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS beri rebat tol sempena Deepavali, Awal Muharam

Bernama
Bernama
08/11/2012
07:40 MYT
PLUS beri rebat tol sempena Deepavali, Awal Muharam
PLUS memberi rebat kepada pengguna rangkaian lebuh raya PLUS yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini.
Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata pengguna kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 13 Nov bersempena Deepavali.
Sebagai tambahan, pengguna sistem tersebut juga akan menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada 14 Nov dan 16 Nov.
"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad dan tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.
Pengguna yang layak boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go bermula pada 1 Jan hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.
Topic Berkaitan
#Deepavali
#PLUS
#rebat
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan