awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ambil maklum kesulitan pengguna jalan raya semasa lawatan Presiden China

Seth Akmal
Seth Akmal
14/04/2025
10:15 MYT
PM ambil maklum kesulitan pengguna jalan raya semasa lawatan Presiden China
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah semasa taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini.- Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum kesulitan yang bakal dihadapi oleh pengguna jalan raya bagi memberi laluan kepada persediaan menyambut Presiden China Xi Jinping, yang akan memulakan lawatan ke negara ini bermula esok.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum kesulitan pengguna jalan raya akibat penutupan laluan utama untuk persediaan menyambut Presiden China Xi Jinping.
  • 17 laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan secara berperingkat sepanjang lawatan negara berlangsung.
  • Seramai 378 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan untuk mengiringi delegasi, mengawal lalu lintas, dan memastikan kelancaran sepanjang lawatan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah semasa taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini.
“Beliau (PM) mengambil maklum berhubung kesulitan yang timbul susulan penutupan laluan utama pada Sabtu lalu bagi memberi laluan kepada sesi raptai sempena Lawatan Negara Presiden Xi,” katanya.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman mengumumkan terdapat 17 laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan turut ditutup atau dilencongkan secara berperingkat sepanjang lawatan negara ini berlangsung, atas faktor keselamatan dan kelancaran istiadat rasmi negara.
Taklimat tersebut disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.
Antara laluan yang terkesan termasuk Lebuh Raya ELITE, MEX, SUKE, NPE, KESAS, Smart Tunnel serta beberapa jalan utama di Putrajaya seperti Persiaran Selatan dan Lebuh Gemilang.
Pada 15 April ini, penutupan akan bermula seawal jam 6 petang melibatkan laluan dari Lebuh KLIA hingga ke Jalan P5 Putrajaya.
Manakala pada 16 April, penutupan dijadualkan pada tiga waktu iaitu 9.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 4.10 petang.
Pada 17 April pula, laluan terakhir akan ditutup bermula jam 8.50 pagi, melibatkan pergerakan dari Putrajaya ke KLIA.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas.
Menurut Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, seramai 378 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan bagi mengiringi delegasi, mengawal lalu lintas dan memastikan kelancaran sepanjang lawatan berlangsung.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lawatan Negara
#Xi Jinping
#pengguna jalan raya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan