awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

Bernama
Bernama
21/11/2024
15:04 MYT
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Anwar berkata program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.
"Insya-Allah, saya akan turut hadir merasmikan Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu ini.
"Ia bakal menjadi detik penting untuk penjawat awam yang akan memperbaharu tekad, selaras agenda reformasi perkhidmatan awam di bawah Kerajaan MADANI," kata beliau.
Perdana Menteri memaklumkan pengunjung turut berpeluang untuk mendapatkan potongan harga bagi barangan keperluan.
Program 2TM dengan tema "MADANI di Hati, Rakyat Disantuni" yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi serta jabatan kerajaan kepada rakyat.
Selain pameran perkhidmatan daripada kementerian terlibat, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kerajaan Madani
#penjawat awam
#KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan