PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri untuk mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021 tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Anwar berkata mesyuarat Kabinet hari ini telah meneliti laporan tersebut namun memilih tidak mengumumkannya untuk memberi ruang kepada badan-badan di bawah kementerian untuk menjawab.
"Untuk kali ini, saya minta supaya Jemaah Menteri melihat secara serius teguran-teguran ini supaya tidak berulang kerana laporan Ketua Audit Negara memberikan syor-syor tetapi kesilapan atau keterlanjuran yang sama itu diteruskan tahun demi tahun," katanya.
Anwar berkata Jabatan Audit Negara akan mengumumkan laporan itu pada waktu yang sesuai dan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Beliau berkata laporan sedemikian penting kerana mengesan kesilapan yang sama seperti kurang pengawasan, membiarkan ketirisan dan menyerahkan kepada syarikat-syarikat yang tidak mengikut peraturan.
Anwar berkata laporan audit itu merujuk kepada beberapa kejadian dan masalah tertentu tetapi tidak semestinya berkaitan rasuah kerana ia bukan dalam bidang kecekapan pihak audit sebaliknya lebih kepada tujuan untuk mengenal pasti masalah.
Beliau berkata menjadi tanggungjawab kementerian untuk meneliti laporan audit dan memanggil agensi terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta menentukan sama ada tindakan atau laporan lanjut perlu dibuat.
"Setiap kementerian mesti mengambil tanggungjawab untuk meneliti kritikan terhadap kementerian, walaupun ini berlaku pada masa lalu, namun ia bagi mengingatkan kepada penjawat awam mengenai tanggungjawab mereka untuk mengekalkan integriti dan kecekapan di tempat kerja," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata penjawat awam boleh membuat teguran kepada menteri atau pegawai atasan melalui saluran yang betul dan secara bersemuka dan bukan menerusi kenyataan media.
"Nak tegur kita ada mekanisme, pertemuan-pertemuan saban hari ada. Ada mesyuarat post-cab, dia boleh kemukakan pandangan dan kalau dia rasa agak menyinggung mungkin boleh jumpa secara berasingan," katanya.
Memberikan contoh, Anwar berkata beliau mengingatkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk memberi nasihat kepadanya sekiranya arahan beliau tidak mengikut peraturan.
"Ini barulah kita kerja secara berpasukan. Jadi, dia juga harus terima kenyataan bahawa keterlanjuran mereka kita juga harus tegur, jika tidak budaya rasa takut maknanya bila ada pelanggaran dia diam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Anwar berkata mesyuarat Kabinet hari ini telah meneliti laporan tersebut namun memilih tidak mengumumkannya untuk memberi ruang kepada badan-badan di bawah kementerian untuk menjawab.- Fail/BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.