awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar arah lawatan menteri, timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara

Bernama
Bernama
10/09/2025
09:12 MYT
PM Anwar arah lawatan menteri, timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara
Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara, bagi memastikan tumpuan penuh diberikan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua lawatan menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan sementara bagi memberi tumpuan kepada persiapan Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
  • Arahan berkuat kuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri, menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
  • Belanjawan 2026 akan dibentangkan pada 10 Oktober, manakala Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung hujung Oktober di Kuala Lumpur dengan kehadiran pemimpin besar termasuk Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.
"Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt dalam masa beberapa minggu lagi.
"Ia juga (bersempena) persiapan menuju sidang kemuncak ASEAN, yang akan berlangsung pada hujung Oktober. Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa serta-merta," katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini
Belanjawan 2026 bakal dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di ibu negara pada bulan hadapan, dengan beberapa pemimpin besar dijangka hadir termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Kerajaan Madani
#lawatan luar negara
#Anwar Ibrahim
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan