PM Anwar beri amaran usaha perasuah cuba tembus sistem negara

Menurut Anwar, tindakan golongan ini bertujuan melemahkan keyakinan rakyat dengan membina persepsi negatif terhadap institusi kerajaan. - Gambar Shahir Omar/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan wujud usaha pihak tertentu yang terlibat dengan rasuah untuk mempengaruhi sistem pentadbiran negara dengan membina persepsi negatif.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim mengakui usaha rasuah untuk mempengaruhi pentadbiran negara dengan membina persepsi negatif terhadap institusi kerajaan bagi melindungi kegiatan jenayah.
- Beliau menekankan perlunya pihak berkuasa dan kakitangan kerajaan meningkatkan kewaspadaan serta memperbaiki kelemahan untuk menangani gerakan yang membina persepsi negatif terhadap kerajaan.
- Amaran diberikan bahawa tindakan boleh diambil terhadap pegawai yang terlibat dalam rasuah atau salah tadbir, tanpa mengira kedudukan mereka di pejabat termasuk pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara.
“Yang lain masih ada dia gunakan untuk terus menyokong sama ada orang politik atau menerobos, menyeludup ke sistem kita atau pejabat awam dan kehakiman untuk menyerang kita (kerajaan),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di sini, hari ini.
Anwar turut menegaskan pihak berkuasa dan kakitangan kerajaan agar sentiasa berwaspada dan memperbaiki kelemahan agar dapat menangkis gerakan yang membina persepsi negatif terhadap kerajaan.
“Kita harus waspada supaya jika ada kelemahan-kelemahan harus diperbaiki … supaya kita tangani masalah ini dengan tegas.
“... (kerana) orang ini membina persepsi yang negatif supaya secara tidak langsung lindungi penjenayah ini, kalau dibiarkan ia akan bangun kemudian mencengkam kita,” katanya.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Beliau turut memberi amaran jika pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan, perkara sama boleh dilakukan di pejabat lain sekiranya timbul isu rasuah atau salah tadbir.
“Kalau di pejabat saya tidak terlepas daripada tindakan kenapa tidak boleh jadi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara contohnya, malah pejabat Peguam Negara tidak terlepas,” ujarnya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan usaha rasuah yang cuba mempengaruhi sistem pentadbiran negara? A: Beliau menyatakan bahawa terdapat usaha rasuah untuk membina persepsi negatif terhadap institusi kerajaan dengan tujuan melemahkan keyakinan rakyat.
- Q: Apakah yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim kepada pihak berkuasa dan kakitangan kerajaan dalam ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025? A: Anwar menegaskan agar pihak berkuasa dan kakitangan kerajaan sentiasa berwaspada, memperbaiki kelemahan, dan menangkis gerakan yang membina persepsi negatif terhadap kerajaan.
- Q: Siapakah yang turut hadir semasa ucaptama Hari Antirasuah Antarabangsa 2025? A: Hadir semasa ucaptama tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
- Q: Apakah amaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim berkenaan tindakan terhadap pegawai yang terlibat dalam rasuah atau salah tadbir? A: Beliau memberi amaran bahawa pegawai di pejabatnya boleh diambil tindakan, dan perkara yang sama boleh dilakukan di pejabat lain sekiranya timbul isu rasuah atau salah tadbir.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

