Skip to main content

Teknologi

Spotify perkenal Fitness Hub, sasar pengguna Premium aktif bersenam

Menurut Spotify, hampir 70% pengguna Premium bersenam setiap bulan dengan lebih 150 juta senarai main kecergasan aktif di seluruh dunia. Melihat potensi ini sebagai sesuatu yang menarik, mereka kini memperkenalkan kategori baharu iaitu Fitness Hub yang memberi fokus terhadap kecergasan.
Langkah itu diambil susulan data dalaman syarikat yang menunjukkan hampir 70 peratus pengguna Premium melakukan aktiviti senaman setiap bulan, dengan lebih 150 juta senarai main berkaitan kecergasan direkodkan aktif di seluruh dunia. -Foto Amanz

SPOTIFY memperkenalkan kategori baharu dikenali sebagai Fitness Hub, menawarkan akses kepada lebih 1,400 kelas senaman tanpa iklan bagi memenuhi permintaan tinggi kandungan berkaitan kecergasan dalam kalangan penggunanya.

Langkah itu diambil susulan data dalaman syarikat yang menunjukkan hampir 70 peratus pengguna Premium melakukan aktiviti senaman setiap bulan, dengan lebih 150 juta senarai main berkaitan kecergasan direkodkan aktif di seluruh dunia, lapor Amanz.

Advertisement

Menerusi ciri baharu berkenaan, pengguna Premium di pasaran terpilih boleh mengikuti pelbagai kelas termasuk yoga, kardio, meditasi dan larian, yang dihasilkan oleh pencipta kandungan terkenal dalam bidang kecergasan.

Fitness Hub direka untuk digunakan merentas pelbagai peranti, sekali gus membolehkan pengguna memulakan video senaman di televisyen, menyambung audio melalui telefon, serta menamatkan sesi menggunakan pembesar suara.

Buat masa ini, kelas ditawarkan dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol dan Jerman, serta boleh dimuat turun untuk akses luar talian.

Pengguna boleh mengakses ciri itu dengan mencari kata kunci “Fitness” dalam aplikasi Spotify atau melalui bahagian “Browse all” bagi memilih senarai main yang dikurasi mengikut matlamat senaman masing-masing.

Must Watch Video