Skip to main content

Malaysia

Aliff Syukri diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Sumber: Sinar Harian
Mahkamah turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Abdul Kadir. - Gambar fail Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman membayar ganti rugi RM250,000 kepada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam kes saman fitnah berhubung hutang pelaburan puluhan juta ringgit.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu selaku plaintif terhadap Aliff Syukri sebagai defendan.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Abdul Kadir.

"Defendan sama ada pegawai atau ejennya dihalang menerbitkan, menyebabkan diterbitkan perkara diadukan atau apa-apa lain yang mempunyai kesan sama. Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan libel (fitnah bertulis) yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.

"Defendan juga perlu memberi aku janji bertulis bahawa defendan tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif," kata Hakim Roslan.

 

 

Must Watch Video