awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/03/2024
11:39 MYT
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan Anwar disertai Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Datuk Ewon Benedick. - Astro AWANI
BERLIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia mengadakan lawatan ke Siemens Energy di ibu negara Jerman pada Isnin.
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.
Kunjungan Anwar disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Siemens Energy AG (Siemens Energy) merupakan syarikat yang membangunkan, mengeluarkan, menjual, dan memasang turbin angin, turbin gas, turbin wap dan sistem menyeluruh dengan kapasiti multi-megawatt.
Pada Oktober tahun lalu, Siemens Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk membangunkan teknologi hidrogen hijau di Malaysia.
Siemens Energy merekodkan permodalan pasaran EUR11.56 bilion.
Untuk rekod pasaran tambahan, Siemens Energy menerima suntikan kewangan oleh kerajaan Jerman dalam bentuk jaminan kerajaan bernilai EUR7.5 bilion.
Jaminan itu bagi membantu Siemens mengatasi isu kewangan dan memenuhi projek-projek tertunggak.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan ke jerman
#siemens energy AG
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan