awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadir Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/05/2023
11:21 MYT
PM Anwar hadir Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra
Majlis agama itu akan diisi dengan beberapa program utama antaranya bacaan maulid dan perkongsian khas oleh beberapa tokoh ulama terkemuka. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Putra, di sini, sekitar jam 7.20 malam bagi menghadiri Majlis Ilmu Madani yang bermula sejak 6 petang Jumaat.
Beliau dijangka menyampaikan ucapan aluan sejurus selesai solat maghrib.
Majlis agama tersebut akan diisi dengan beberapa program utama antaranya bacaan maulid dan perkongsian khas oleh beberapa tokoh ulama terkemuka.
Antara figura penting yang akan ditampilkan pada malam ini termasuklah mantan Mufti Agung Mesir, Prof Dr Ali Jum'ah dan Pengasas Darul Musthafa Tarim Yaman, Al Habib Umar Hafidz.
Kedua-dua mereka juga antara ulama yang telah berkongsi pandangan dan saranan menerusi Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor semalam.
BACA: Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM Anwar
Anwar pada Khamis menyuarakan pandangan bahawa golongan ulama wajar memberikan teguran kepada kerajaan sebagai usaha untuk menambah baik mutu pentadbiran negara.
Menurutnya, perkara itu perlu dilihat dari sudut yang positif dan bukan berniat untuk menjatuhkan atau menghukum mana-mana pihak.
Beliau pada masa sama menyeru pimpinan kerajaan agak menerima segala kritikan secara terbuka selain memberi maklum balas yang positif bagi setiap permasalahan berbangkit.
Difahamkan, seramai 10,000 jemaah telah mula memenuhi ruangan Masjid Putra bagi mengikuti program agama berskala mega ini.
Majlis Ilmu Madani ini dijadual berakhir setelah selesai solat fardu isyak.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Masjid Putra
#Majlis Ilmu MADANI
#Muzakarah Ulama-Umara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan