awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah

Bernama
Bernama
08/03/2025
09:00 MYT
PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Sumbangan Perdana Menteri disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah keluarga Abu Hanifah di Kampung Cherating Baru, Kuantan, Pahang. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah keluarga Abu Hanifah di Kampung Cherating Baru, Kuantan, Pahang.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Farhan memaklumkan bahawa Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak, termasuk seorang yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala dua lagi adiknya merupakan individu kelainan upaya yang memerlukan perhatian rapi.
"Kini, ibu mereka menjadi satu-satunya tempat bergantung. Saya hadir bukan sekadar menziarahi, tetapi menyampaikan sumbangan wang tunai daripada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan.
"Saya juga menitip pesanan kepada si ibu dan anak sulung agar terus tabah mengharungi kehidupan. Semoga kehadiran kami memberi sedikit kelegaan, dan urusan mereka dipermudahkan," kata Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook hari ini, yang turut dikongsikan Anwar.
Ahmad Farhan turut mengajak umat Islam mendoakan agar Allahyarham Abu Hanifah dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#sampaikan sumbangan
#Allahyarham Abu Hanifah Yusof
#maut kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan