Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab pelbagai persoalan dasar dan keputusan kerajaan dalam Dialog Negara Khas malam ini.
- Dialog tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi RTM dan saluran media tempatan pada jam 9 malam.
- Anwar berharap wacana ini dapat memberi pencerahan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan menerusi Dialog Negara Khas: “Di Sebalik Keputusan…” malam ini.
Anwar menerusi perkongsian di Facebook hari ini berkata dialog berkenaan akan disiarkan menerusi RTM serta saluran media tempatan pada 9 malam ini.
“Saya akan menjawab pelbagai persoalan dibangkitkan para panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat khususnya menyentuh dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan dalam mengemudi negara,” kata beliau.
Perdana Menteri turut berharap wacana tersebut dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara.
-- BERNAMA