KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada jam 3.50 petang Selasa esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi lawatan kerja selama dua hari di negeri itu.

Ahli Parlimen Tambun itu yang diiringi isterinya Datin Wan Seri Azizah dijadualkan hadir di Sabah International Convention Centre (SICC) dan akan menyampaikan amanat kepada penjawat awam di negeri itu di dalam satu majlis yang diadakan pada jam 4.30 petang esok.

Beliau kemudiannya akan menunaikan solat Maghrib sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Anggota Jemaah Menteri Negeri Sabah di Sutera Harbour pada jam 8.30 malam.

Pada keesokannya (1 Mac), Anwar akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 9.30 pagi.

Selepas pertemuan itu Anwar dan delegasi akan berlepas ke Manila, Filipina pada jam 11.30 pagi.