awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar kongsi detik bertegur sapa dengan Kim Jong-un di China

Bernama
Bernama
03/09/2025
14:12 MYT
PM Anwar kongsi detik bertegur sapa dengan Kim Jong-un di China
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu. - Instagram @anwaribrahim_my
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China, pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu.
"Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Sempat salam dan tegur sapa," kata beliau.
Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.
Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Raja Kemboja Norodom Sihamoni, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing.
Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.
Hantaran mengenai pertemuan antara dua pemimpin itu turut menarik pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, yang rata-ratanya meninggalkan komen memuji keakraban Perdana Menteri dengan pemimpin dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#Hari Peringatan
#Hari Kemenangan China
#Beijing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan