awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam

Bernama
Bernama
21/11/2024
15:57 MYT
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Penutup Majlis Sama' Hadis Sahih Al-Bukhairi Peringkat Kebangsaan 2024 di Masjid Putra malam ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Beliau berkata kemajuan, pembangunan dan kemampanan dalam negara ini mesti berteraskan nilai, keyakinan, jati diri, akidah dan akhlak.
"Sebab itu, untuk menyemarakkan Islam, persiapannya, pencerahannya dan ilmu sangat penting.
"Kita mulakan mata pelajaran wajib bagi anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah 40 hadis, terjemahannya dan syarahannya, tetapi kemuncak tentunya penguasaan ilmu dan hadis dan itu yang kita upayakan," katanya semasa berucap pada Majlis Khatam Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Antara ulama terkenal yang hadir menyemarakkan majlis ilmu itu ialah Mufti Besar India Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari, Sheikh Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar, Sheikh Ismoil Muhammad Sadiq dari Uzbekistan dan Prof Dr Sheikh Yusri Rushd Jabar Al-Hasani dari Mesir.
Anwar berkata penganjuran Majlis Khatam Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari diharap dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang menghidupkan roh Islam.
"Saya ingat lagi pesanan Al-Allamah Sheikh Abu Bakar, beliau pesan kepada saya apabila pegang jawatan sebagai Perdana Menteri, usahakanlah supaya ada majlis yang disebut Sama' Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari setiap tahun.
"Tahun lepas kita mulakan dengan sederhana dan alhamdulillah tahun ini kita saksikan kejayaan membanggakan," katanya.
Majlis Khatam Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama' Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula sejak 10 Nov lepas.
Dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan At-Taibah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), program itu telah menerima penyertaan peserta dari dalam dan luar negara, seperti India, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Tunisia, Uzbekistan dan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#pendidikan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#roh Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan