awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri

Bernama
Bernama
09/12/2022
09:31 MYT
PM Anwar menghadap Agong, persembah senarai timbalan menteri
Kenderaan membawa Perdana Menteri tiba di perkarangan Istana Negara sebelum masuk melalui Pintu Utama Istana Negara pada 4.07 petang.- Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tumpuan pengamal media sekali lagi terarah di Pintu Utama Istana Negara petang ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempersembahkan senarai timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengamal media mula berkumpul pada 2.30 petang selepas Anwar dilaporkan menghadap Seri Paduka petang ini.
Kenderaan membawa Perdana Menteri tiba di perkarangan Istana Negara sebelum masuk melalui Pintu Utama Istana Negara pada 4.07 petang.
BACA: Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
PM akan umum senarai Timbalan Menteri 8:15 malam ini
Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong lebih sejam selepas dilihat memasuki Istana Negara dan kenderaan membawa Perdana Menteri ke-10 itu dilihat keluar dari Pintu Utama Istana Negara pada 5.25 petang. Beliau sempat melambai kepada pengamal media yang menunggu di hadapan pintu utama seawal 2.30 petang. Terdahulu, Perdana Menteri berkata senarai nama timbalan menteri yang bakal dilantik menyertai pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau akan diumumkan pada 8.15 malam ini. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Timbalan Menteri
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan