awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Kami tuan di negara sendiri” - PM Kanada, Mark Carney jawab ancaman Presiden Trump
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, menteri Kabinet hadir sambutan Hari Kebangsaan 2025

Bernama
Bernama
31/08/2025
01:30 MYT
PM Anwar, menteri Kabinet hadir sambutan Hari Kebangsaan 2025
Anwar dan isteri mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan menteri Kabinet menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Anwar yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pentas diraja pada 7.52 pagi bagi menyaksikan perarakan serta persembahan sempena sambutan tahun ini.
Terdahulu, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing tiba pada 7.44 pagi dan 7.40 pagi.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta ahli Kabinet yang lain.
Sambutan bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" itu juga dihadiri timbalan-timbalan menteri, dif-dif kehormat dan perwakilan asing.
Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 14,062 peserta, 81 kontinjen, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 haiwan dalam perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hari Kebangsaan
#menteri Kabinet
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan