awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/03/2024
00:15 MYT
PM Anwar pemimpin pertama ucap tahniah kepada Prabowo
Anwar (kanan) merupakan pemimpin pertama yang menghubungi dan mengucapkan tahniah kepada Prabowo selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam tahniah kepada Prabowo Subianto selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu.
Perdana Menteri dimaklumkan beliau merupakan pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo selepas pengumuman keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia (Pemilu) 2024.
"Ini cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga yang dekat dan penting.
"Selamat maju jaya dan saya menyatakan keyakinan bahawa Bapak Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan yang berterusan dan kemakmuran negara Indonesia.
"Kedua-dua kami bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutamanya dalam ruang lingkup ASEAN," kata Perdana Menteri dalam hantaran di media sosial beliau hari ini.
Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai. Saya dimaklumkan saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah pic.twitter.com/Yij7PGpDUm
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 20, 2024
Prabowo dipilih sebagai Presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali gus menewaskan dua pesaingnya yang kini berikrar untuk memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu.
Pengerusi KPU, Hasyim Asy'ari berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku naib presiden, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.
Dua pencabarnya iaitu Anies Baswedan pula memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala Ganjar Pranowo menerima 27 juta undi atau lebih 16 peratus.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Prabowo Subianto
#presiden baharu
#tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan