awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat JKK-PPA 7 Ogos bincang kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Bernama
Bernama
01/08/2023
07:54 MYT
PM Anwar pengerusikan mesyuarat JKK-PPA 7 Ogos bincang kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Mesyuarat itu adalah susulan pengumuman perdana menteri baru-baru ini bagi mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam.- Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) pada 7 Ogos ini bagi membincangkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu adalah susulan pengumuman perdana menteri baru-baru ini bagi mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam.
Kajian SSPA itu adalah sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.
"JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan," katanya.
Menurut JPA, ia sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi hasil usaha yang digerakkan sejak 26 Julai lepas melalui beberapa sesi libat urus bersama kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan yang merangkumi enam kluster iaitu keselamatan, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, teknikal serta pengurusan.
Bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum, JPA telah membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.
Segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
#penjawat awam
#Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan