awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rakam tahniah kepada Hajiji, Kabinet baharu Sabah cerminan kematangan politik

Bernama
Bernama
05/12/2025
09:30 MYT
PM Anwar rakam tahniah kepada Hajiji, Kabinet baharu Sabah cerminan kematangan politik
Pada Rabu lepas, Hajiji mengumumkan pembentukan barisan Kabinet baharu selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas pembentukan Kabinet Perpaduan Sabah yang baharu.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim ucap tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor atas pembentukan Kabinet Perpaduan Sabah yang baru.
  • Pembentukan barisan kepimpinan baharu itu mencerminkan kematangan politik dan kesepaduan untuk teruskan agenda pembangunan negeri Sabah.
  • Kerjasama erat antara kerajaan Sabah dan Persekutuan penting untuk atasi isu strategik termasuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata pembentukan barisan kepimpinan baharu itu mencerminkan kematangan politik, kesepaduan serta komitmen untuk meneruskan agenda pembangunan negeri Sabah bagi penggal lima tahun akan datang.
"Kerjasama erat antara kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan amat penting dalam menangani pelbagai isu strategik termasuk pembangunan infrastruktur, penyampaian perkhidmatan, kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan rakyat Sabah secara keseluruhan," katanya dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata kesepaduan dan kejituan Kabinet baharu itu diyakini akan memperkukuh hubungan antara kedua-dua peringkat kerajaan dalam memastikan aspirasi rakyat Sabah dapat dicapai dengan lebih berkesan.
"Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama rapat bersama kepimpinan Sabah dalam semangat MADANI bagi memastikan pembangunan Sabah dapat dilaksana secara menyeluruh, inklusif dan mampan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri akan ke Sabah pada petang esok bagi menghadiri Majlis Sentuhan MADANI Bersama Rakyat Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC).
Selain mengambil peluang untuk bertemu dengan rakyat, beliau berkata Perdana Menteri turut dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri dan barisan menteri Kabinet Sabah yang baharu.
Pada Rabu lepas, Hajiji mengumumkan pembentukan barisan Kabinet baharu selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ucap tahniah
#Kabinet Sabah
#Hajiji Noor
#PRN Sabah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan