awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sedih terima berita duka pemergian peguam Sulaiman

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/12/2023
03:16 MYT
PM Anwar sedih terima berita duka pemergian peguam Sulaiman
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kesedihan sebaik menerima berita duka pemergian bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah ke rahmahtullah semalam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kesedihan sebaik menerima berita duka pemergian bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah ke rahmahtullah semalam.
Dalam hantaran di media sosial beliau hari ini, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Sulaiman bukan hanya dikenalinya sebagai seorang peguam semata-mata.
Sebaliknya, Sulaiman juga digambarkan Anwar sebagai sahabat akrab yang setia mendampingi beliau dan keluarga khususnya di tahun-tahun Perdana Menteri melalui pengalaman gelap dan getir.
“Saya terima khabar yang amat sedih bahawa mantan Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia semalam.
“Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir.
“Fikrah dan nurani beliau yang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa. Saya amat terkesan saat menerima berita ini tatkala masih di Tokyo untuk lawatan kerja,” katanya.
Saya terima khabar yang amat sedih bahawa mantan Presiden Majlis Peguam Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia semalam. Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan pic.twitter.com/2INk7gi3ku
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 19, 2023
Dalam hantaran sama, Anwar menitipkan doa semoga keluarga Sulaiman diberi kecekalan yang ampuh selain diampun segala dosanya dan roh Allahyarham diberi tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.
Allahyarham Sulaiman menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun pada petang semalam.
Berita pemergian peguam ternama tanah air itu disahkan oleh anak lelakinya pelakon dan penulis drama Huzir Sulaiman.
Sebagai peguam, Allahyarham banyak terbabit dalam pelbagai kes berprofil tinggi termasuk mewakili Perdana Menteri Anwar.
Beliau juga dilantik oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas pada 2018 sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Topic Berkaitan
#Sulaiman Abdullah meninggal dunia
#bekas Presiden Majlis Peguam
#peguam Sulaiman Abdullah
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan