Skip to main content

Malaysia

PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi

Foto Shahir
Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan. - Gambar fail/ Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia, pada Isnin.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukannya. 

Katanya, Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik. 

"Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin. 

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut lokasi prosedur pembedahan berkenaan dijalankan. 

Dalam kenyataan sebelum ini, Anwar dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Must Watch Video

Advertisement