awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
Iran nafi hukuman mati ketika Trump ancam ambil tindakan tegas
Diet Trump "sangat tidak sihat", didominasi makanan segera, gula-gula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tekankan keperluan koordinasi mantap dalam pembangunan usahawan Bumiputera

Bernama
Bernama
13/08/2025
13:45 MYT
PM Anwar tekankan keperluan koordinasi mantap dalam pembangunan usahawan Bumiputera
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu ditekankan beliau ketika menerima kunjungan hormat Presiden PERDASAMA Nasional Mohd Azamanizam Baharon dan delegasi, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera amat penting, bagi memastikan setiap usaha dilaksanakan secara berfokus, saling melengkapi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu ditekankan beliau ketika menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon dan delegasi, hari ini.
"Dalam pertemuan ini, saya menegaskan rasional dan ketetapan kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami dan dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.
"Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera serta memperluas peluang ekonomi negara," kata beliau.
Perdana Menteri berkata sebagai sebuah persatuan yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran dan jaringan dalam kalangan ahlinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#usahawan bumiputera
#Perdasama
#koordinasi mantap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan