awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan

Bernama
Bernama
14/08/2024
02:50 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan
Anwar menerima kunjungan hormat Minnikhanov di Perdana Putra, Putrajaya, sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia selama dua hari.- Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov, semalam.
Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
"Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini," katanya.
Perdana Menteri berkata pertemuan itu juga digunakan untuk meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.
Republik Tatarstan ialah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tatarstan
#Rustam Minnikhanov
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan