KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Naib Presiden Republik Indonesia Dr Ma'ruf Amin di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini.
Anwar berkata perkara yang dibincangkan ialah langkah untuk mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun selain pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama antaranya pelaburan, perdagangan serta tenaga kerja Indonesia.
"Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan sesegera mungkin," menurut beliau dalam kenyataan selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit pada pertemuan itu.
Perdana Menteri berkata Ma'ruf turut menyentuh isu Palestin dan memaklumkan bahawa Hospital Indonesia di Gaza terpaksa dikosongkan selepas diserang rejim Zionis Israel.
Beliau berkata kenyataan tegas bersama Presiden Joko Widodo berkaitan isu Palestin juga telah diutarakan di hadapan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden semasa persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco baru-baru ini.
"Dalam pertemuan ini, Bapak Ma'ruf Amin turut memuji Kerajaan MADANI yang kini bertambah kukuh dan stabil seraya berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.
"Doakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, insya-Allah," katanya.
Selepas pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menghadiri makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan dijadual menyampaikan ucaptama perasmian pada majlis tersebut.
Edisi kedua GMBF, yang berlangsung mulai hari ini hingga 30 Nov, adalah bertujuan merapatkan hubungan perniagaan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan dan perkongsian yang lebih kukuh di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Naib Presiden Republik Indonesia Dr Ma'ruf Amin malam ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.