awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman, tekankan komitmen perkukuh kerjasama

Bernama
Bernama
30/06/2025
09:25 MYT
PM Anwar terima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman, tekankan komitmen perkukuh kerjasama
Anwar ketika menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer di pejabatnya di Putrajaya hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Jerman, merangkumi kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Ringkasan AI
  • Malaysia komited memperkukuh hubungan dua hala dengan Jerman, meliputi kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan (termasuk TVET) dan kebudayaan, demi kemajuan bersama yang mampan.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap hubungan menyeluruh ini, yang diyakini mampu mempererat hubungan rakyat kedua-dua negara serta memperluas peluang pelaburan dan perdagangan.
  • Jerman kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia dalam EU, dengan hubungan diplomatik yang telah terjalin sejak 1957 dan berkembang dalam pelbagai sektor strategik termasuk teknologi tinggi dan perkhidmatan

Anwar ketika menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer di pejabatnya di Putrajaya berkata, hubungan menyeluruh antara kedua-dua negara diyakini mampu mempererat hubungan rakyat serta menyumbang kepada kemajuan bersama yang mampan.
"Selain memperluas peluang perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam bidang pendidikan - termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) - serta pertukaran budaya, ia dapat memupuk persefahaman dan menghargai kepelbagaian," katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.
Malaysia dan Jerman telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1957 dan hubungan itu terus berkembang menerusi kerjasama dalam pelbagai sektor strategik.
Jerman kekal menjadi rakan dagang terpenting Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) dan antara pelabur asing utama dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan teknologi tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Duta Besar Jerman
#kunjungan perpisahan
#Peter Blomeyer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan