NEW YORK: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Pesawat membawa perdana menteri yang berlepas ke New York pada Selasa, mendarat di Lapangan Terbang Westchester County, New York pada kira-kira pukul 10.35 pagi (10.35 malam waktu Malaysia).
Beliau yang diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah disambut Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa lagi isu global.
Ini merupakan kemunculan pertama Anwar sebagai perdana menteri di perhimpunan tahunan itu, dan beliau dijadualkan untuk menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perbahasan Umum pada Jumaat (22 Sept) di ibu pejabat PBB.
ANWAR-UNGA 2 NEW YORK
Tema perbahasan umum tahun ini ialah Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all (Membina semula kepercayaan dan menghidupkan semula perpaduan global: Mempercepatkan tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kemampanan untuk semua).
Anwar sepanjang di New Work beliau akan disertai Zambry; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan.
Perdana Menteri mempunyai jadual yang padat sepanjang berada di kota metropolitan itu, bermula dengan mesyuarat bilateral bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan beberapa jam sebaik beliau tiba.
Beliau juga akan mengadakan mesyuarat bilateral bersama pemimpin dari Iran, Sri Lanka, Thailand dan Iraq.
Pada Khamis, Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York, selain bertemu usahawan dan pelabur baharu yang berpotensi dari Amerika Syarikat (AS).
ANWAR-UNGA 3 (AKHIR) NEW YORK
Pada hari sama, Anwar akan menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.
Perdana Menteri juga telah dijemput bagi menyampaikan Khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre New York (ICCNY) pada 22 Sept, menjadi pemimpin luar pertama yang diberikan penghormatan seumpamanya oleh pusat tersebut.
Anwar juga akan menghoskan majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 diaspora.
Semasa di New York, Perdana Menteri juga dijadual ditemu bual oleh Christiane Amanpour dari CNN dan Bloomberg.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78. - Foto ihsan PMO

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.
Tiga maut bangunan bertingkat di Karachi terbakar
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam kebakaran di sebuah bangunan komersial dan kediaman bertingkat di Karachi, Pakistan pada Rabu.

PM Anwar tiba di New York ketuai delegasi Malaysia pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-78
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New York bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Keselamatan di New York diperketat menjelang Perhimpunan Agung PBB
Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung PBB.

Sempena setahun konflik Rusia-Ukraine, PBB akan mengundi resolusi mengenai Ukraine
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi resolusi mengenai Ukraine yang dikemukakan oleh Kiev dan wakil Kesatuan Eropah sempena setahun pencerobohan Rusia.

Perhimpunan Agung PBB adakan sidang tergempar bincang isu Ukraine
Perhimpunan Agung dijangka mengundi draf resolusi minggu ini yang mengutuk referendum "haram" yang disokong Moscow.

Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda
Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.

Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.

Diplomat Hungary dilantik presiden baharu Perhimpunan Agung PBB
Diplomat Hungary, Csaba Korosi pada Selasa dilantik sebagai presiden baharu sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB.

Perhimpunan Agung PBB tetapkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia
Resolusi itu, diperkenalkan Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam, menyeru usaha antarabangsa untuk mempromosi budaya toleransi dan keamanan di semua peringkat.

Perhimpunan Agung PBB ke-76 tumpu perubahan iklim, pandemik COVID-19
Beberapa daripada 193 buah negara merancang untuk menghantar video ucapan masing-masing sama seperti dibuat tahun lalu.

Embargo senjata: Myanmar tolak resolusi UNGA
Myanmar menyifatkan resolusi yang diluluskan pada Jumaat itu tidak sah kerana bersifat unilateral.