awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Bernama
Bernama
03/11/2025
05:58 MYT
PM Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM
Peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.

Ringkasan AI
  • PM Anwar Ibrahim ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025 yang mula menduduki peperiksaan hari ini, sambil menasihatkan mereka kekal tenang dan yakin.
  • Peperiksaan SPM berlangsung dari 3 Nov hingga 23 Dis melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
  • PM doakan usaha pelajar diberkati dan dipermudah serta berharap mereka memperoleh keputusan cemerlang.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata inilah saat untuk mereka menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, malam tanpa lena, serta setiap doa yang tidak pernah putus selama ini.
"Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.
"Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang," kata Perdana Menteri.
Menurut Kementerian Pendidikan, peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ucapkan selamat maju jaya
#peperiksaan SPM 2025
#Kementerian Pendidikan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan