awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah atas pemergian tokoh sejarawan Ahmat Adam

Bernama
Bernama
03/11/2025
15:45 MYT
PM Anwar ucap takziah atas pemergian tokoh sejarawan Ahmat Adam
Anwar menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan seorang sarjana besar negara. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tokoh sejarawan Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam yang meninggal dunia petang tadi.
Anwar menyifatkan pemergian Allahyarham yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasakan jati diri bangsa melalui sejarah sebagai kehilangan seorang sarjana besar negara.
"Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian Allahyarham.
"Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Allahyarham Ahmat adalah antara 17 tokoh yang dilantik menganggotai Majlis Sejarawan Negara yang ditubuhkan pada September lepas.
Beliau ialah Profesor Emeritus dalam bidang ilmu sejarah dan mula bergiat menulis sejak 1970-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#meninggal dunia
#ilmu sejarah
#Majlis Sejarawan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan