IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata peruntukan itu diluluskan untuk diagihkan khusus bagi tujuan aktiviti kemasyarakatan termasuk sukan di kawasan berkenaan.
"Saya beri sebab tuan-tuan jaga sangat baik, jaga negeri, duduk secara aman, bagi sokongan jadi saya lulus untuk hari ini.
"Kalau ada apa-apa lagi boleh tulis surat, kita boleh bagi tambahan," katanya dalam ucapan pada program Jalinan Kasih MADANI Bersama Komuniti Cina Parlimen Tambun di Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan mahu memastikan pentadbiran negara yang adil bagi semua kaum supaya seluruh rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak memperoleh faedah yang mencukupi.
Perdana Menteri berkata Melayu Bumiputera tidak perlu berasa bimbang kerana kerajaan pimpinannya sentiasa menjaga keperluan semua kaum.
"Saya mahu orang Melayu Bumiputera jangan rasa takut, di negeri ini kita jaga dia (Melayu Bumiputera), tetapi kalau orang Cina tanya ya kita jaga (juga), orang India (pun) kena jaga kerana ramai miskin.
"Kena tahu kalau tidak tolong orang India, ini bukan negara yang adil sebab saya mahu negara ini adil, cukup untuk semua orang. Kalau kita jaga negeri ini dengan baik, semua boleh dapat faedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Jalinan Kasih MADANI Bersama Komuniti Cina Parlimen Tambun di Dewan Sam Sean Meow, Kuala Kuang, hari ini. - Foto Bernama
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM
Perdana Menteri berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.
Selamatkan negara, lindungi hak rakyat lebih penting berbanding pengiktirafan antarabangsa - PM
Perdana Menteri berkata ia adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Lawatan kedua Anwar ke Jepun simbolik hubungan mapan dua hala 68 tahun
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dalam tempoh enam bulan jelas mencerminkan hubungan rapat selama 68 tahun antara Malaysia dan Jepun.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Anwar berkata dalam melaksanakan kebebasan media, beliau tidak akan membenarkan tindakan yang boleh mencetuskan rusuhan atau membahayakan keselamatan awam.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.