NATIONAL
PM Anwar zahir rasa sedih atas pemergian Pope Francis

Kata Anwar, mendiang juga lantang bersuara mengenai penderitaan di Gaza, menyeru dunia agar menunjukkan belas kasihan kepada semua mangsa keganasan tanpa mengira tempat. - AP
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa sedih atas pemergian pemimpin Gereja Katolik, Pope Francis, 88 yang meninggal dunia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Francis sebagai suara moral yang membawa belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang mencabar.
Anwar berkata, mendiang akan dikenang sebagai Pope pertama dari Selatan Global dan komited dalam memperjuangkan persefahaman antara agama, pemeliharaan alam sekitar serta maruah golongan terpinggir.
Tambah beliau, mendiang juga lantang bersuara mengenai penderitaan di Gaza, menyeru dunia agar menunjukkan belas kasihan kepada semua mangsa keganasan tanpa mengira tempat.Antara lain, Pope Francis turut memperjuangkan nasib pelarian dan migran, serta menyeru masyarakat antarabangsa bertindak dengan perikemanusiaan dan hati nurani.
Anwar turut mengenang kunjungannya ke Kota Vatican pada awal pentadbiran Pope.
Kata Anwar lagi, beliau mewakili kerajaan serta rakyat Malaysia, mengucapkan takziah kepada 'Holy See' (kepimpinan Kota Vatican) serta komuniti Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia dan berharap legasi mendiang terus mekar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami